Wednesday 9 April 2014

PERJUMPAAN KHAS BERSAMA PENGARAH KEMAS

Oleh : Nurul emmayana 


BAGAN SERAI – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Bagan Serai telah berjaya melaksanakan Majlis Perjumpaan Khas Bersama Pengarah KEMAS Negeri Perak di bawah unit perhubungan . Program tersebut telah diadakan di Cma Cafe , Gunung Semanggol pada 9 April 2014 .






Selari dengan hasrat Tuan Pengarah KEMAS Perak , Seramai 49 kakitangan KEMAS Parlimen Bagan Serai telah menghadiri program ini  bagi mendengar taklimat dan amanat Tuan Pengarah dalam meningkatkan kualiti kerja .Program ini adalah program turun padang Tuan Pengarah untuk mendekati  warga KEMAS Bagan Serai dan memberi  peluang kepada semua kakitangan untuk beramah mesra serta bersua muka dengan beliau.


Turut hadir dalam program ini ,YB Dato' Sham Bin Mat Sahat ,Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai merangkap ADUN Alor Pongsu  dan En. Zulkarnain Bin Ismail , Setiausaha UMNO Bahagian Bagan Serai.



Progam ni telah mendapat pujian dari YB Dato’ Sham kerana beliau merasakan program ini amat bagus dan perlu diteruskan pada masa akan datang.







No comments:

Post a Comment