Wednesday 2 April 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT

Oleh : Nurul emmayana

BAGAN SERAI –    Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kawasan Bagan Serai dibawah unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM)  telah berjaya melaksanakan Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta -peserta kelas unit BPM pada 9 Januari 2014 di dewan Komuniti Bagan Serai .



Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Zulkarnain Bin Ismail , Setiausaha UMNO Bahagian Bagan Serai .Dalam ucapan perasmiannya , beliau mengucapkan tahniah kepada KEMAS Bagan Serai yang berjaya melaksanakan Majlis Penyampaian Sijil ini dan beliau berharap majlis sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang .Beliau juga turut memberi penjelasan berkaitan isu kenaikan harga barang yang menjadi bualan setiap masyarakat di semua kawasan dan beliau menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat dalam menangani masalah ini .




Turut hadir dalam majlis tersebut,Encik Azhan Bin Zaini , Pegawai Operasi II KEMAS Negeri Perak ,Pegawai KEMAS Daerah Kerian Puan Sharifah Binti Hj Mohd Darus , Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Bagan Serai,Puan Madihah Binti Hj Omar , Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Parit Buntar , dan semua Penyelia pelbagai jurusan KEMAS Kawasan Bagan Serai 

Pelbagai demontrasi dan hasil kerja peserta telah dipamerkan untuk tatapan tetamu yang hadir.

No comments:

Post a Comment