Thursday 24 April 2014

BENGKEL KEIBUBAPAAN DUN SELINSING

Oleh : Nurul Emmayana 

BAGAN SERAI - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah unit Pra Sekolah telah berjaya melaksanakan Program Bengkel Keibubapaan DUN Selinsing pada 24 April 2014 di Tabika Seri Jernih, Kampung Selinsing .

             

             

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibubapa, pihak kerajaan dan masyarakat kampung dengan menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif anggota masyarakat kampung tanpa mengira umur ,keturunan,bangsa dan anutan agama dalam semua aktiviti kampung .

            

             

Program yang berlangsung selama 4 jam ini dimulakan dengan demontrasi makanan sihat oleh pendemo jemputan Puan Normah Binti Salleh , iaitu Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS IPD kerian , dan di teruskan dengan satu slot ceramah tentang perkembangan awal kanak-kanak oleh Dr. Dzul Hizami Bin Abdullah Suhaimi dari Klinik Kesihatan Gunung Semanggol .

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Noor Bin Dawoo , Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai . Turut hadir dalam program ini , Puan Madihah Hj Omar , Penyelia Kanan KEMAS Bagan Serai , Encik Shahidan Ramli , Pengerusi Tabika Seri Jernih dan semua penyelia pelbagai jurusan KEMAS Bagan Serai .







Wednesday 23 April 2014

BENGKEL KEIBUBAPAAN DUN ALOR PONGSU

Oleh : Nurul emmayana

BAGAN SERAI - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kawasan Bagan Serai dibawah Unit Pra Sekolah telah berjaya melaksanakan Bengkel Keibubapaan untuk DUN Alor Pongsu pada 23 April 2014 di Dewan Penghulu Mukim Beriah Alor Pongsu .

             

             

Bengkel yang dihadiri 100 orang ibubapa ini telah dirasmikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Bagan Serai, Encik Zulkarnain Bin Ismail . Turut hadir dalam Majlis ini Puan Madihah Binti  Hj Omar dan semua Penyelia Pelbagai Jurusan KEMAS Bagan Serai .

            

            

            

            

Antara pengisian dalam bengkel ini ialah demontrasi makanan sihat oleh pendemo jemputan Puan Normah Binti Salleh dan Slot Ceramah " Perkembangan Awal kanak-kanak"  yang disampaikan oleh Dr.  Viknesvaren A/L Palaniandy dari Klinik Kesihatan Alor Pongsu .

Wednesday 9 April 2014

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK TABIKA CHANGKAT LOBAK

BAGAN SERAI – Tabika KEMAS Changkat Lobak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir untuk kanak- kanak Tabika bagi tahun 2014


 




Majlis itu merupakan acara tahunan semua Tabika KEMAS Kawasan Bagan Serai . Tujuan majlis ini diadakan untuk meraikan kanak-kanak yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka bagi bulan Januari hingga Mac .


      

Majlis Sambutan Hari Lahir ini di sambut 4 kali setiap tahun iaitu pada Bulan Mac  , September, dan November .

PERJUMPAAN KHAS BERSAMA PENGARAH KEMAS

Oleh : Nurul emmayana 


BAGAN SERAI – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Bagan Serai telah berjaya melaksanakan Majlis Perjumpaan Khas Bersama Pengarah KEMAS Negeri Perak di bawah unit perhubungan . Program tersebut telah diadakan di Cma Cafe , Gunung Semanggol pada 9 April 2014 .






Selari dengan hasrat Tuan Pengarah KEMAS Perak , Seramai 49 kakitangan KEMAS Parlimen Bagan Serai telah menghadiri program ini  bagi mendengar taklimat dan amanat Tuan Pengarah dalam meningkatkan kualiti kerja .Program ini adalah program turun padang Tuan Pengarah untuk mendekati  warga KEMAS Bagan Serai dan memberi  peluang kepada semua kakitangan untuk beramah mesra serta bersua muka dengan beliau.


Turut hadir dalam program ini ,YB Dato' Sham Bin Mat Sahat ,Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai merangkap ADUN Alor Pongsu  dan En. Zulkarnain Bin Ismail , Setiausaha UMNO Bahagian Bagan Serai.



Progam ni telah mendapat pujian dari YB Dato’ Sham kerana beliau merasakan program ini amat bagus dan perlu diteruskan pada masa akan datang.







Wednesday 2 April 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT

Oleh : Nurul emmayana

BAGAN SERAI –    Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kawasan Bagan Serai dibawah unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM)  telah berjaya melaksanakan Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta -peserta kelas unit BPM pada 9 Januari 2014 di dewan Komuniti Bagan Serai .



Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Zulkarnain Bin Ismail , Setiausaha UMNO Bahagian Bagan Serai .Dalam ucapan perasmiannya , beliau mengucapkan tahniah kepada KEMAS Bagan Serai yang berjaya melaksanakan Majlis Penyampaian Sijil ini dan beliau berharap majlis sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang .Beliau juga turut memberi penjelasan berkaitan isu kenaikan harga barang yang menjadi bualan setiap masyarakat di semua kawasan dan beliau menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat dalam menangani masalah ini .




Turut hadir dalam majlis tersebut,Encik Azhan Bin Zaini , Pegawai Operasi II KEMAS Negeri Perak ,Pegawai KEMAS Daerah Kerian Puan Sharifah Binti Hj Mohd Darus , Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Bagan Serai,Puan Madihah Binti Hj Omar , Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Parit Buntar , dan semua Penyelia pelbagai jurusan KEMAS Kawasan Bagan Serai 

Pelbagai demontrasi dan hasil kerja peserta telah dipamerkan untuk tatapan tetamu yang hadir.