Thursday, 24 April 2014

BENGKEL KEIBUBAPAAN DUN SELINSING

Oleh : Nurul Emmayana 

BAGAN SERAI - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah unit Pra Sekolah telah berjaya melaksanakan Program Bengkel Keibubapaan DUN Selinsing pada 24 April 2014 di Tabika Seri Jernih, Kampung Selinsing .

             

             

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibubapa, pihak kerajaan dan masyarakat kampung dengan menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif anggota masyarakat kampung tanpa mengira umur ,keturunan,bangsa dan anutan agama dalam semua aktiviti kampung .

            

             

Program yang berlangsung selama 4 jam ini dimulakan dengan demontrasi makanan sihat oleh pendemo jemputan Puan Normah Binti Salleh , iaitu Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS IPD kerian , dan di teruskan dengan satu slot ceramah tentang perkembangan awal kanak-kanak oleh Dr. Dzul Hizami Bin Abdullah Suhaimi dari Klinik Kesihatan Gunung Semanggol .

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Noor Bin Dawoo , Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai . Turut hadir dalam program ini , Puan Madihah Hj Omar , Penyelia Kanan KEMAS Bagan Serai , Encik Shahidan Ramli , Pengerusi Tabika Seri Jernih dan semua penyelia pelbagai jurusan KEMAS Bagan Serai .







No comments:

Post a Comment